Sunday, 15 April 2012

Friends





Hi, post kali ni saya akan menceritakan mengenai erti persahabatan.. Pada pendapat saya kawan,teman,sahabat, apa saja panggilannya amat bermakna dalam setiap hidup manusia di dunia ini. Kita sering berkongsi cerita dengan teman-teman rapat kita, tidak kisah cerita gembira mahupon cerita sedih, mereka akan sentiasa meluangkan masa untuk mendegarnya ^^ 


Best Friend?

                   Best friends? Tidak kesemuanya sahabat kita boleh di anggap as a best friends. Kerana ada sahabat yang hanya bersahabat dengan kita semasa kita senang sahaja tetapi apabila kita ditimpa kesusahan mereka tidak lagi berhubung dengan kita malah ada setengah itu tidak mengaku kita sebagai sahabat mereka. Maka ketika dalam kesusahan itu lah kita dapat membezakan antara sahabat ataupon sahabat baik dalam kata lain best friend. Sahabat yang baik tidak akan meninggalkan kita semasa kita dalam kesusahan. Mereka sentiasa berada di sisi kita. Oleh itu pilih lah sahabat anda dengan bijak. ^^



Artikel di bawah ini mungkin boleh dijadikan panduan bagaimana untuk pilih sahabat.
Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
KeduaPilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebut-nyebutnya).
Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Hmm sampai disini sahaja post saya kali ini, bila saya dah ada idea saya post lagi ye? thanks for reading blog...안녕! :)



No comments:

Post a Comment